Tuesday, 3 December 2019

NEGARA? BANGSA? MALAYSIA





Kenichi Ohmae (ahli teori jepun) menyifatkan abad ke 20 dan awal abad ke 21 sebagai era berakhirnya negara bangsa, ini kerana ia lebih kepada pembentukan dunia tanpa sempadan
ditunjangi oleh aliran kecanggihan berasaskan teknologi maklumat. Sebagai ganti negara bangsa, Ohmae mengungkapkan kepentingan region state (negara wilayah) yang berperanan sebagai pusat hubungan dengan dunia global. Walaupun begitu, melampaui abad ke 21 ini, persoalan pembinaan negara bangsa masih berlegar dalam perbahasan dikalangan pelbagai pihak khususnya para sarjana.

Dalam pada itu, kerajaan dan kepimpinan negara-negara tertentu masih berusaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal bagi sempadan geo-politik masing-masing. Malaysia tidak terkecuali dalam usaha tersebut dan masih bergelut untuk membentuk sebuah negara bangsa yang sempurna bagi negara ini. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang yang kebanyakannya berakar umbikan sentimen perkauman masih mengepompongi sebahagian rakyat negara ini. Ini termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya berperanan sebagai role model bagi mencapai matlamat tersebut.






Persoalan juga timbul, mengapakah Malaysia yang menjangkau usia kemerdekaan selama 62 tahun masih tercari-cari identiti untuk membentuk negara dan bangsanya sendiri? Pelbagai alasan dikemukakan dari aneka sudut pandangan dan keilmuan bagi mewajarkan kegagalan tersebut. Sekadar mengambil beberapa contoh, antara isu panas yang timbul termasuklah tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan sentimen-sentimen perkauman bagi meraih populariti dan simpati. Nilai-nilai yang dianggap sensitif seperti ketuanan Melayu dan hak keistimewaan pribumi juga turut dibangkitkan oleh segelintir pihak yang buta sejarah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang merupakan teras penting dalam dasar pendidikan. Ia juga merupakan satu keperluan dalam proses pemantapan kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran, pedoman ataupun asas perencanaan.

Melalui sejarah, pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan datang membentuk sebuah negara bangsa.



Rujukan :

MOHAMAD RODZI ABD RAZAK
PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA: PERANAN PENDIDIKAN SEJARAH DAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Monday, 13 May 2019

Ramadhan dan Hari Ibu

Di kesempatan ini belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat handai serta kenalan tak kira di mana saja semua berada. 

Marhaban ya Ramadhan, bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk kita lebih mendekatkan diri pada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyakkan ibadah. Dengan segala kerendahan hati, saya mohon maaf zahir dan batin. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.”

Saya juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk semua yang bergelar Ibu terutamanya kepada Ibu dan Isteri saya.

Ya Allah...

Sebelum sang waktu merebut senyumnya, 
jangan biarkan hamba terjatuh dalam angkuhku. 
hingga jauhkan hati akan rinduku tiada menyapa ia dalam doa-doaku.
 Ameen.

Tuesday, 8 March 2016

Salam

In Shaa Allah blog ini akan diupdate sedikit masa lagi...

Thursday, 6 March 2014

AGENDA PERIBADI ANWAR TAKUTKAN KIT SIANG




Tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kecundang pada pilihan raya kecil Kajang jika politik dalaman pakatan pembangkang terus bergolak. Malahan menurut pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang bukan sahaja Anwar akan kalah tetapi pembangkang juga akan turut berpecah. Mungkin ini satu helah politik Kit Siang untuk mendapat simpati supaya penyokong dan ahli PKR, Pas dan Dap bersatu padu tetapi realiti apa yang sedang berlaku di dalam dan juga intra-parti tidak boleh dinafikan.

Inilah yang memeningkan kepada pemimpin pembangkang seperti Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.
Anwar telah diberi mandat untuk menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang tetapi skandal demi skandal yang melanda dirinya serta percakaran teruk antara pemimpin-pemimpin PKR sendiri menyerlahkan ketidak mampuan beliau sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan menawan Putrajaya.

Pertama peribadi dan personaliti Anwar sendiri sudah tercalar apabila beliau gagal untuk menunaikan janji kepada pengungi yang menyokong pembangkang pada PRU13 lalu untuk menjadi perdana menteri. Pengundi Cina khususnya amat kecewa dengan kegagalan Anwar dan sedikit demi sedikit mereka mulai sedar akan kesilapan mereka terlalu mempercayai beliau. Dalam usaha cuba untuk menutup kegagalan dan kelemahan beliau, Anwar merancang strategi untuk menjadi menteri besar Selangor pula.

Ini seperti impian seorang yang hendak menjadi doktor, tetapi apabila cita-cita tidak tercapai, puas sudah hati sekadar menjadi jururawat atau pembantu perubatan. Begitulah dilema yang dihadapi Anwar hasil daripada ketamakan kuasa dan teringin sangat menjadi pemimpin nombor satu negara walau apa pun rintangan yang datang. Jika Anwar sanggup berbuat apa saja termasuk bersekongkol dengan parti rasis Dap kerana idamkan menjadi perdana menteri, beliau juga rela melakukan perkara yang sama untuk menjadi menteri besar.

Keadaan politik yang boleh di katakan stabil di Selangor kerana pembangkang memenangi majoriti pertiga yang besar telah diporak perandakan oleh Anwar kerana hendak menggantikan Khalid Ibrahim.
Tidak semena-mena pilihan raya kecil Kajang terpaksa di adakan dan Adun PKR C.C. Lee yang baru memegang jawatan itu selama lapan bulan terpaksa mengundur diri. Lee yang berusia awal 30an dikorbankan kerana Anwar yang sudah 67 tahun dan lanjut usia masih ingat beliau popular dan gagah dalam arena politik. Setelah Adun Kajang ditendang keluar, kini Khalid pula diminta letak jawatan kerana hendak memenuhi nafsu Anwar yang tidak ada batasnya.

Samada ini akan berlaku atau sebaliknya bergantung kepada kuasa penentu Sultan Selangor. Walaupun menang tidak semestinya sultan merestui perlantikannya sebagai menteri besar baru. Jika beliau menang tidak semestinya Khalid akan tunduk kepada kehendak Anwar. Ini jelas dalam perjanjian persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung isu pengambil alihan empat aset ais di Selangor. Khalid tidak memaklum atau berbincang pun dengan Anwar mengenai rancangannya untuk menandatangani MoU tersebut. Mana tidaknya, Khalid tidak perlu merujuk kepada Anwar yang setakat menjadi penasihat ekonomi bergaji RM1.

Malahan barisan exco negeri juga tidak mengetahui perancangan Khalid hingga ke saat akhir MoU di meterai. Keadaan ini sudah cukup menjelaskan pendirian dan sikap Khalid yang independen dan tidak suka dikongkong oleh Anwar atau mana-mana pihak. Inilah yang merisaukan Kit Siang kerana kepentingan Anwar amat menyerlah dalam pakatan pembangkang.

Sumber : Beruang Biru

Sunday, 2 March 2014

Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun


Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.


“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.

“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.

Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.


Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’ tersebut.‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.

Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut’.

Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.

Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.


Sumber : Beruang Biru


Kehebatan Jeneral-Jeneral Perang dalam Sejarah Islam

Assalamualaikum... Salam 1Malaysia...

Membaca tentang kehebatan jeneral-jeneral perang dalam sejarah Islam, ingin berkongsi dengan semua pembaca...


1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)


Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.



2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )


Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M



7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.


Monday, 17 December 2012

Majoriti Belia Sokong Kerajaan




KUALA LUMPUR 13 :   Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini. 

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.

Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara. 

"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.


Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi.

Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.

Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik.

"Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya. 

Sumber : Utusan