Saturday 7 July 2012

SAYANGKAN BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR KU




Pada saya, suasana politik di Malaysia telah mengalami perubahan yang dramatik dan kita tidak lagi mampu untuk mengawal perubahan yang besar ini. UMNO sebagai parti tunggal yang mewakili kepentingan Melayu yang merupakan satu institusi bagi orang-orang Melayu.Justeru itu, dengan adanya satu parti tunggal untuk mewakili bangsa kita, selain kita dapat mengelak dari mengadakan permintaan yang bertindih, kita juga dapat menyatukan tenaga dan fikiran dan mengelakkan percanggahan sesama bangsa kita.

Sebenarnya, sama ada kita bersatu padu ataupun tidak, keputusannya ditangan kita. Kalau kita mahu kita boleh bersatupadu! Kalau tidak mahu, alamat berpecah belahlah kita sepanjang masa! Tetapi kita yakin, hasrat serta impian masyarakat Malaysia ialah kita mahu bersatu padu. Untuk merealisasikan matlamat ini, kita memohon supaya orang-orang kita ini mengambil sikap tolak ansur dan sikap bekerjasama secara positif. Kita perlu insaf dengan keadaan kita sekarang. Hentikanlah sikap-sikap negatif. Fikirkanlah masa depan anak-anak dan cucu cicit kita.Janganlah kita rela diporak porandakan dan diperkotak katikkan lagi oleh orang lain. Langkah pertama perjuangan UMNO ialah memulakan perlaksanaan motto BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT Bak kata pepatah “Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

Sebab itulah ahli-ahli UMNO tidak perlu keliru. Kita tidak perlu risau dan bimbang tentang perkembangan politik semasa. Kita sekalian harus bertekad untuk mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap ideologi dan perjuangan parti. Percayalah “anda berada dalam landasan perjuangan dan dalam pertubuhan politik yang benar”.

Golongan pemuda sekarang memerlukan seorang pemimpin yg berani utk bersuara tanpa perlu takut atau rasa tergugat akan kedudukannya. Ahli UMNO yg berkepentingan sememangnya akan cuba utk meminggirkan ahlinya yg berkebolehan dalam menyuarakan pendapat mahupun teguran..cukuplah dengan apa yg telah kita lalui,kerana ahli UMNO perlukan satu perubahan dalam mentafsir sama ada UMNO akan terus relevan kepada generasi yg akan dtg..kalau dulu kita kurang pilihan ttp sekarang generasi muda sudah banyak pilihan, jika bukan UMNO yg menjadi pilihan, mereka akan pergi ke parti pembangkang seperti PKR/PAS/DAP yang dinamakan pakatan rakyat.


Kepada kepemimpinan pemuda, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan rakan2 yang lain, Pergerakan Pemuda yg dilahirkan sejak bertahun yg lalu supaya tidak lupa akan dasar penubuhannya. Janganlah kita terikut2 rentak segelintir ahli UMNO yg terdahulu, sanggup menggadai kuasa yg ada demi melihat bangsa sendiri jatuh agar hati puas..apakah lagi yg akan ditinggalkan pada anak2 bangsa ini setelah kuasa ekonomi dan kuasa politik tergadai dek kerana hasad dengki sesama melayu? Kita org UMNO perlu mencermin diri sendiri bahawa sikap kita sendiri perlu diubah sebelum faktor kekalahan lain disentuh sebagai alasan kekalahan BN di beberapa negeri pada PRU-12 yang lalu!

Justeru, kita perlu insaf dan sedar bahawa kita tidak ada pilihan lain lagi kecuali bersatu padu dalam sebuah bahtera politik yang kukuh, bermaruah dan bermartabat. Kita bertanggungjawab menyediakan satu tubuh badan politik, satu wadah perjuangan yang menjiwai aspirasi dan harapan bangsa kita sendiri.

Fokuslah kita pada matlamat wahai semua ahli UMNO terutama golongan melayu muda yang bergelar Pemuda UMNO. Marilah kita sama-sama 'bangkit' membuat pengisian 'kemenangan' barisan nasional pada pilihan raya yang lalu... Pada fikiran saya, mereka yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat pada pru12 yang lalu, hendaklah memberi tumpuan pada kawasan bagi memulihkan kepercayaan masyarakat pada barisan nasional dan UMNO khasnya. Sekarang kita harus memikul tanggungjawab dan tugas yang berat dan memerlukan tumpuan 100% bagi membuat 'pengisian' perjuangan terutama perjuangan generasi melayu muda untuk mendekati UMNO kembali.Teruskan perjuangan dan niat tulus ikhlas kita dalam meneruskan misi dan visi golongan melayu muda

Persoalan yang harus kita tanya ialah, “Bagaimanakah kita memberi sumbangan kearah mencapai visi dan misi perjuangan UMNO untuk menyatupadukan masyarakat MELAYU” “Apakah yang kita telah sumbangkan untuk menjadikan UMNO sebagai satu institusi politik bangsa yang kuat, berwibawa dan berkesan?” Apakah kita hanya berpeluk tubuh dan hanya penonton terhadap perkembangan UMNO? Atau adakah kita hanya tukang tunding jari memburuk-burukkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya? Pernahkah kita menghantar cadangan-cadangan untuk memperkuatkan UMNO?

Kita perlu menyedari hakikat bahawa, status UMNO bergantung kepada baik-buruknya orang-orang yang ada di dalam UMNO. Kalau para ahli UMNO itu buruk maka buruklah UMNO. Dan kalau orang-orang dalam UMNO itu baik, maka baiklah UMNO. Justeru, yang buruk itu kita buang jauh-jauh dan yang baik, kita simpan. Kita harus fikirkan bahawa UMNO itu adalah kita semua. Dan kita itulah UMNO. Dan UMNO itu ialah bangsa kita.

Atas kesedaran ini semua anggota parti hendaklah berada dalam UMNO atas sebab yang betul. Dan sebab yang betul itu ialah: “Kita berada dalam UMNO kerana kita berani memikul tanggungjawab memperjuangkan proses pembelaan agama, bangsa & tanah air kita dengan penuh amanah dan kejujuran”.


Adalah bertentangan dengan prinsip, ideologi dan perjuangan UMNO jika kita anggap UMNO ini sebagai tempat cari makan untuk diri sendiri. Sebab itu kita hendaklah insaf dan berkerjasama untuk sama-sama menghapuskan sikap-sikap negatif yang boleh menghancurkan kekuatan parti. Diantara sikap-sikap negatif yang perlu kita hindari dan hapuskan ialah amalan: Politik cari makan, politik cari nama, politik cari tempat, politik ada angin atau ego, politik wang, politik dendam mendendam, politik maki hamun, politik fitnah memfitnah, politik caci mencaci dan sifat-sifat yang sedemikian. Sifat-sifat politik jenis ini perlu diperangi habis-habisan dan dihapuskan dengan cepat sebab sikap politik seperti inilah yang telah merosakkan proses pembelaan bangsa kita sejak kita merdeka. Sifat-sifat politik jenis ini juga yang telah menjadi bibit perpecahan orang-orang kita. Dan sedarlah bahawa ada sahaja pihak yang tidak suka melihat orang kita bersatupadu. Mereka akan jadikan sifat-sifat politik negatif ini sebagai alat untuk terus memecahbelahkan masyarakat kita.

UMNO berjuang mempertingkatkan identiti dan martabat serta membela maruah bangsa kita. Itulah sebabnya kita tersinggung apabila ada pihak yang cuba menggambarkan masyarakat MELAYU sebagai kelompok yang tidak bermaruah. Kita sakit hati bila hanya bangsa kita dikaitkan secara ekslusif dengan masalah sosial di Malaysia. UMNO melenting kerana tuduhan melulu bahawa orang melayu tidak bermoral. Seperti tubuh, seandainya salah satu bahagian tubuh tercedera, seluruh tubuh akan merasa sakit. Kita akan terus mempastikan identiti, martabat serta maruah kita terperlihara.

Fokus utama perjuangan UMNO ialah membina ketamadunan bangsa kita sehingga mencapai status bangsa maju. Ini bermakna, kita perlu merdeka dari segi ekonomi dan kewangan. Antara usaha pucuk pimpinan UMNO kearah ini ialah supaya bangsa kita diiktiraf sepenuhnya dalam perancangan pembangunan nasional kerajaan. Dalam soal ini, kerajaan telah menyatakan secara khusus bahawa kerajaan akan menumpukan perhatian khusus terhadap pembasmian kemiskinan dan peningkatan ekuiti orang-orang melayu.

Semua ini adalah satu penyataan komitmen serta kepercayaan kita bahawa sesungguhnya, kesemua perjuangan UMNO adalah sumbangan positif terhadap hasrat murni pucuk pimpinan negara membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu seperti mana yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Bagi UMNO, perjalanan untuk maju ke hadapan itu cukup jelas dan teratur. Sekarang terserahlah kepada setiap kita sama ada kita mahu memberikan sumbangan positif kepada parti ini ataupun tidak. Tepuk dada, tanyalah selera. Kita boleh duduk diam dan hanya melihat pucuk pimpinan parti bertungkus lumus mengusahakan tanah, menanam benih, dan membesarkan pokok agar generasi akan datang dapat menikmati buahnya. Atau kita juga boleh turun ke padang dan mempastikan tumbesaran pokok itu tidak terhambat oleh serangga atau binatang perosak.

Sebagai kesimpulan, maju mundurnya UMNO bergantung kepada sebab serta motif kita menjadi ahli UMNO. Seandainya sebab dan motif kita itu hanya untuk melayani diri kita sendiri, nescaya porak porandalah UMNO. Tetapi kalau berada dalam UMNO kerana mahu membantu memperjuangkan teras ideologi dan perjuangan UMNO, kita tetap yakin masa depan bangsa kita terjamin. Bangsa kita akan bermaruah, disegani dan bertamadun pasca moden semegah dan seyakin menara berkembar Pertronas kat KLCC nun. Jadi Mari kita pastikan “takkan hilang MELAYU di dunia”!

Mudah-mudahan pendapat saya ini akan mempertingkatkan lagi semangat muafakat dan kerjasama dikalangan kita demi memantapkan keutuhan PARTI UMNO sejajar dengan prinsip-prinsip dan falsafah perjuangan UMNO itu sendiri.