Thursday, 13 December 2012

Altantuya - Malaysiakini Proved Deepak, Anwar Ibrahim Conspired Against Najib & Rosmah




Deepak Jaikinshan dilihat semakin tersepit dengan serangan blogger blogger pro kerajaan sejak seminggu lalu. Turut cemas adalah Anwar Ibrahim yang mana kita telah mengetahui bahawa serangan rekayasa Fitnah jahat Deepak telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim melalui R.Sivarasa peguam Deepak.

Pendedahan video rakaman sulit tempoh hari berkenaan kenyataan Deepak yang mana menyatakan dengan jelas Anwar Ibrahim dalang disebalik serangan fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor cuba dinafikan Deepak semalam melalui portal fitnah utama PAS iaitu harakdaily.

Gomo semalam lagi sudah mendapat maklumat bahawa Deepak dibawa ke pejabat Harakah untuk ditemubual yang mana jelas menunjukkan Konspirasi telah diatur oleh PAS bagi meneruskan rekayasa fitnah jahat ke atas pimpinan negara.

Gomo sebenarnya geli hati apabila membaca satu kenyataan Deepak yang mana menyatakan:

“I did not say that I met Anwar,” he said. “What I said and what was written (in the blog) are two different things.” He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said".

Deepak marah benar dengan Papa Gomo? Kau Spin apa ni Deepak “What I said and what was written (in the blog) are two different things.” Ataupun Deepak sebenarnya nak menyerlahkan lagi kebodohan beliau kepada masyarakat?

Gomo bukanlah jenis yang gelojoh mahupun semberono dalam mengeluarkan bahan bahan yang penting. Apatahlagi dengan rakaman lain tentang apa yang Deepak katakan berhubung pengakuan beliau diarahkan Anwar Ibrahim dalam menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Namun demikian Gomo lebih suka ataupun berminat untuk mengulas apa yang Deepak katakan tentang Bala.


Deepak menyatakan kepada portal pembangkang (Skrip Anwar Ibrahim) :

"Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini." - Msiakini, Harakah

Itu pengakuan Deepak sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita pembangkang semalam. Mungkin ada yang percaya dengan apa yang Deepak sampaikan tetapi Gomo ada pekara yang lebih besar untuk seluruh rakyat melihat sendiri apa yang Deepak katakan sebelum ini. Jom layan video dibawah ini.



Jelas didalam video diatas Deepak mengakui beliau tidak terlibat langsung dengan segala keterangan P. Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya. Malah Deepak sendiri megakui siatan SPRM ke atas beliau berjalan dengan telus tampa prejudis.

Ok lah mungkin ada yang masih menyatakan Deepak betu, Najib dan Rosmah terlibat dalam segala fitnah yang dilemparkan pembangkang. Jika demikian apakata anda menilai sendiri muka Deepak ni dengan teliti dan renungkan kenyataan beliau berhubung temubual yang dilakukan portal pembangkang Malaysiakini pada 6 April tahun 2011 yang lalu.

Jika 2011 Deepak menyatakan beliau tidak terlibat dan tidak ada kena mengena malah menafikan segala galanya jadi bagaimana pula sekarang tahun 2012 yang semakin hampir Pilihanraya Deepak pusing 360 darjah dan menyerang Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor? Apakah Deepak seorang yang boleh dipercayai keterangan beliau?

Apa yang jelas disini jelas menunjukkan Konspirasi terancang yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Segala fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebelum ini telah gagal jadi untuk mewujudkan fitnah terbaru maka Deepak dijadikan alat untuk membuat persepsi baru menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

 

Pengakuan Deepak sebelum ini yang menyatakan berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan diarahkan oleh Sivarasa untuk menyebut nama Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor didalam mahkamah dikukuhkan lagi dengan fakta tentang sidang media yang diaturkan oleh pihak Harakah semalah. Apakah tidak ada perancangan jahat apabila Harakah membawa Deepak ke pejabat mereka untuk ditemubual?

Konspirasi Made By Anwar Ibrahim

Rakyat begitu mudah disogok dengan penipuan dan rekayasa jahat Pakatan pembangkang, jadi Gomo minta rakyat yang mempunyai akal dan minda yang sihat untuk menilai segala yang Gomo katakan. Jangan mudah kita percaya kepada plot cerita Deepak kerana yang pasti dan nyata Skrip telah digarap oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Isteri sepertimana fitnah fitnah yang dilakukan mereka sebelum ini.

Deepak Jaikinshan sendiri mengakui Anwar Ibrahim pelakon Porno video China Doll, so lu orang nak kata apa pasal Deepak ni?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Petikan ucapan dasar Presiden UMNO





Berikut petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini:




* “Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi."

* “Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan."

* “Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, Pasti tidak akan hilang bisanya."

* “Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang."

* “Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu."

* “Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia."

* “Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."

* “Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."

* “Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap."

* “Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe"elnya berubah pulak."

* “Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus."

* “Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah."

* “Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain."

* “Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia Pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud."

* “Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan."

* “Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua."

* “Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka."

* “Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara."

* “Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."

* “Justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam."

Sumber :
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20121129/po_18/Petikan-ucapan-dasar-Presiden-UMNO#ixzz2EtpncIPd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 12 December 2012

Mampukah Anwar Mengawal Keretakan Hubungan Pakatan Pembangkang??

      
                       



Akhir-akhir ini rungutan akar umbi DAP semakin kuat kedengaran.  Rata-rata merasa kecewa dengan kepimpinan parti yang kian hari kian menunjukkan sifat kukubesinya.  Parti itu telah dua kali menunda proses pemilihan dan antara penyebabnya ialah kebimbangan kepimpinan yang mula menyedari sentimen akar umbi yang tidak menyenangi cara mereka ini.


Akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara memberi sokongan kepada pemimpin yang tidak termasuk dalam kumpulan sahabat dan keluarga Tokong Lim.   Beberapa orang yang menjadi pilihan Lim Guan Eng tewas dalam pemilihan, antaranya Wong Kah Woh dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik.  

Ini adalah petanda jelas ‘pemberontakan senyap’ oleh akar umbi DAP dan Tokong Lim tidak mampu lagi untuk menutup mata mengenainya. 


Walaubagaimanapun, cakap-cakap kedai kopi kedengaran ramai yang yakin bahawa Tokong Lim tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha agar semua ahli-ahli menyembahnya.   

Masalah DAP menjadi lebih parah apabila PAS juga mula menunjuk taring terhadap parti itu  yang selama ini dilihat sebagai Ketua.   

PAS yang juga menghadapi masalah keyakinan akar umbi terpaksa membuktikan yang mereka bukan anjing kepada DAP sepertimana yang dituduh oleh musuh mereka.  Maka, isu wanita Muslim memotong rambut lelaki dan khalwat antara bukan Islam pun menjadi topik pertengkaran hebat antara PAS dan DAP.



PAS nampaknya begitu tegas dan enggan berganjak dari keputusan dalam kedua-dua kes tersebut konon atas nama Islam, yang menjadi dasar perjuangan parti.  Namun, amatlah menghairankan apabila ketegasan yang sama tidak ditunjukkan dalam kes yang jauh lebih berat seperti zina, gejala LGBT, malah kes murtad sebelum ini.  Dalam kes murtad misalnya, PAS sanggup kehilangan pemimpin yang banyak berjasa seperti Datuk Dr. Hasan Ali demi menjaga hati DAP.  Tetapi hairan sekali apabila PAS sanggup pula mengelar hati DAP kerana enggan membenarkan wanita Islam memotong rambut lelaki.  

Lebih dahsyat lagi bila PAS juga sanggup menerima seorang pengamal LGBT sebagai Perdana Menteri tetapi tidak sanggup bertolak ansur dengan pasangan bukan Islam yang berkhalwat. 


Dewan Himpunan Penyokong PAS pula lebih merupakan jurucakap DAP dari penyokong tulen PAS.  

Apa yang menarik lagi ialah parti PKR pula memilih untuk berdiam diri dan enggan menonjol di kala sekutunya memukul gendang perang sesama sendiri, sedangkan musuh sudah mula mengasah senjata untuk menghadapi pilihanraya.   

Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR langsung tidak memberi kenyataan dalam menangani kemelut yang melanda parti-parti sekutunya.   Mungkin beliau cukup maklum bahawa apa jua kata-kata atau arahannya tidak membawa apa-apa makna bagi DAP mahupun PAS kerana tiada siapa yang menghormati peliwat dan penyalahguna kuasa sepertinya.  

Justeru, Anwar hanya membiarkan sahaja kedua-dua parti sekutunya itu bercakaran dari dalam dan sesama sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa. 

                        

Kemelut yang dihadapi PR ini bukan kecil kerana ia merupakan masalah yang bertindih, dan merebak pula.  Kalau dulu kita lihat PAS perlu kalahkan DAP dahulu sebelum menang PRU tetapi kini kita lihat di dalam DAP sendiri, ada usaha untuk mengalahkan Dinasti Lim dalam pemilihan parti itu. Justeru bagaimana DAP dapat berhadapan dengan kebangkitan PAS?  

Apa yang berlaku dalam DAP tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam pemilihan parti PKR yang menyaksikan betapa kepimpinan tertinggi sanggup berbuat apa saja untuk memastikan calon pilihan mereka menang.  


Perlu diingatkan bahwa DAP dan PKR kedua-duanya mempunyai ‘kaki’ atau ‘balaci’ setia di dalam PAS yang bersedia berbuat yang sama untuk menang juga.  Oleh itu, walaupun Muktamar PAS berjalan lancar, tetapi percayalah yang parti itu telah retak seribu dan hanya bertahan dengan tampalan gam keegoan masing-masing sahaja.  

Nampaknya, DAP, PKR dan PAS kini bukan lagi satu pakatan, atau lebih tepat, tidak pernah pun berpakat.  Mereka hanya berbuat janji untuk sama-sama menjatuhkan BN dalam pilihanraya, itu saja. 


Mereka tidak pernah benar-benar sepakat untuk memerintah bersama atau menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kecuali sebagai boneka atau simbol kuasa mereka semata-mata.  

Hakikatnya hari ini, walaupun DAP, PAS dan PKR masing-masing punya pemimpin yang digelar Presiden atau apa jua gelarannya, tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri tidak punya pemimpin.  PR hanyalah sebuah bayangan, ilusi atau mimpi manusia-manusia yang gila kuasa dan tidak berpijak di bumi nyata yang kini terhoyong hayang bila dikejutkan dengan gendang perang pilihanraya.

Jangan Tembak Dari Belakang SPRM




Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Pasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataannya kepada media Isnin lepas menasihatkan ahli politik dari semua parti agar tidak "menembak SPRM dari belakang", kerana dikhuatiri tindakan sedemikian hanya akan menyulitkan lagi usaha memerangi gejala rasuah.

"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah".

Berkemungkinan teguran ini timbul disebabkan kecenderungan segelintir pemimpin parti politik tertentu memberi reaksi negatif dan komen berbaur hasutan dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej SPRM apabila terdedahnya isu rasuah, penyelewengan atau salahguna kuasa membabitkan puak mereka.

Ini mengingatkan kita kepada isu salah guna kuasa membabitkan DAP di Selangor dalam isu penyelewengan tender kontraktor bumiputera yang kecoh dulu, di mana umum dapat melihat betapa marahnya pemimpin DAP bila SPRM melakukan siasatan ke atas beberapa wakil rakyat mereka.

Berikutan kematian mengejut Teoh Beng Hock, pegawai khas kepada Exco Kerajaan PR Selangor, terus sahaja pemimpin DAP, PAS dan PKR memanipulasikannya untuk meruntuhkan kredibiliti SPRM. 

Walhal bila berlakunya kes kematian itu, tidakpun memberi manfaat pada SPRM kerana Teoh Beng Hock adalah saksi utama badan itu. Tanpa Beng Hock bermakna siasatan SPRM menemui jalan buntu dan DAP pula menjadi pihak yang paling bertuah terselamat dari siasatan lanjut.

Bagaimanapun teguran dan nasihat berlapik oleh Datuk Seri Abu Kassim Mohamed beberapa hari lalu itu sebenarnya hanya bersifat umum dan tidak spesifik pada nama parti politik tertentu pun, maknanya tidak bias atau memihak.

Dengan kata lain, patutnya tidak perlu ada mana-mana pemimpin parti politik yang patut terasa atau sensitif dengan teguran tersebut, apatah lagi untuk membuat penafian terbuka bahawa pihak mereka bukannya tergolong dalam kalangan yang dimaksudkan oleh Ketua pesuruhjaya SPRM.

Namun tak semena-mena, dua hari kemudian Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ketika diminta mengulas isu itu menegaskan bahawa PAS bukanlah pihak yang dimaksudkan oleh SPRM. 

Sebaliknya pemimpin PAS itu menekankan bahawa PAS sentiasa komited membantu SPRM untuk membendung gejala rasuah dan semua unsur penyelewengan.

Persoalan sekarang kenapa tiba-tiba sahaja PAS melatah bila SPRM mencuit secara umum berkenaan isu tembak dari belakang? Hanya orang yang makan cili sahaja yang akan terasa pedasnya, tak begitu?

Beberapa hari lepas pun PAS seperti meroyan sendiri apabila tak semena-mena mahu mengadakan kempen taklimat untuk menasihatkan ahlinya supaya berkelakuan sopan dan menjauhi politik gengster.

Kebetulannya idea mengadakan taklimat berkelakuan baik itu muncul tatkala isu gengsterisme politik semakin membelit pakatan pembangkang yang sedang berkecamuk dengan tingkah laku ganas ahli dan penyokongnya terutama sekali sewaktu berdemo di atas jalan dan ketika berceramah politik.

Kebelakangan ini nampaknya PAS cepat terasa hati, kena cuit sedikit terus melatah tak tentu pasal mengalahkan orang yang kena sakit gila meroyan.

Sebenarnya PAS tahu, pihak yang gemar menembak SPRM sebahagian besarnya terdiri dari pemimpin-pemimpin PR, malah bukan satu rahsia pun wujud satu kepercayaan dikalangan penyokong PAS dan PR bahawa SPRM adalah talibarut BN.

Doktrin tersebut disebarkan sehingga akibatnya apabila timbul isu penyelewengan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pemimpin PAS, DAP atau PKR, maka dengan segera mereka menuding jari menyalahkan siasatan oleh SPRM diarahkan oleh BN.

Lihat sajalah semasa kecoh kes penyelewengan kuasa melibatkan Arif Fahmi, menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Belum pun siasatan tika itu bermula, terus sahaja Nik Aziz meminta SPRM mengecualikan dirinya daripada dilibatkan dengan siasatan.

Apabila isu semakin panas, pemimpin PAS yang lain dan penyokong mereka mula menuding jari menuduh siasatan SPRM bermotifkan politik. 

Begitu juga semasa timbulnya isu rasuah membabitkan tajaan pakej VIP bernilai RM65,000.00 kepada Nik Aziz untuk menunaikan Haji ke Mekah yang diberikan oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak memasang papan iklan di Kelantan, terus sahaja PAS menuduh siasatan oleh SPRM disebabkan pengaruh pemimpin BN.

Tidak cukup dengan tembakan rambang dari belakang untuk mencalar imej dan kredibiliti SPRM, pemimpin PAS juga mempertikaikan siasatan SPRM berhubung kegiatan lombong emas haram di Gua Musang, Kelantan. 

Lebih mengejutkan bila mana, kehadiran pegawai SPRM untuk menyiasat lokasi lombong-lombong haram itu disambut dengan serangan oleh sekumpulan 70 gengster yang bersenjatakan parang dan kayu.

Imbasan beberapa peristiwa di atas cukup untuk membuktikan PAS dan PR menepati kriteria pihak yang dimaksudkan oleh Ketua Pesurujaya SPRM. 

Lagipun sudah menjadi tabie semulajadi pemimpin PAS dan PR untuk hanya menerima keadilan atau hasil siasatan sesuatu kes hanya jika memihak pada mereka sahaja. Bila saja siasatan itu tidak memihak pada mereka, terus sahaja di cop SPRM bertindak memilih bulu atau bias.