Saturday 11 August 2012

Ustaz Akhil Hayy berkongsi pengalaman



KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.

Thursday 9 August 2012

Bukti PAS menyesatkan orang ramai.!!

Jikalau Nabi Muhammad s.a.w. mengikat janji berkongsi kuasa dengan musuh tradisi Islam iaitu kafir Yahudi Madinah, demikianlah kewajaran UMNO di Malaysia mengikat janji berkungsi kuasa dengan orang bukan Islam semenjak tahun 1955 hingga sekarang. Lebih-lebih lagi kerjasama antara bangsa itu merupakan prasyarat merdeka oleh penjajah British. Gabungan PERIKATAN bermula 1955 – 1973 dan gabungan BARISAN NASIONAL mulai 1974 hingga sekarang. Makin hari bertambah kembang dan jawapan kepada fitnah PAS semakin terang, sehingga PAS sendiri sekarang ini telah ikut sama bekongsi pilihan raya dengan bangsa-bangsa lain.

Kalau Nabi Muhammad s.a.w. memberikan keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di Madinah kerana Quraisy mempelopori pejuang Islam; maka tentulah wajar bagi UMNO memperjuangkan keutamaan kepimpinan Melayu kepada Melayu di Malaysia juga merupakan pejuang utama Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi sebagai penduduk asal yang menjadi peneroka bumi ini, maka Melayu mendapat hak yang istimewa pemilikan harta sebagaimana yang diiktiraf oleh Nabi Muhammad s.a.w.. yang dijadikan asas sandaran ulamak fiqah dalam persoalan pemilikan tanah di bawah bab ‘Ihyaaul Mawaat’ yang bermaksud: Sesiapa menghidupkan bumi yang mati (peneroka) maka dia lebih berhak dengannya. (Yang anehnya PAS telah menyokong persatuan NGO Cina “SYU KIEW” untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika mereka memerintah Pusat)

Dalam usaha PAS menggugatkan kepercayaan orang Islam kepada UMNO, pimpinan mereka menabur fitnah dengan (kononnya) hukum agama untuk menafikan perjuangan Islam UMNO. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan merekacipta hukum: “Orang Islam yang bekerjasama memerintah Negara dengan orang kafir menjadi kafir atau haram”.

(Kertas Putih Ancaman Keselamatan bertarikh 08 November 1984 ada dicatatkan). Perkara yang sebenarnya ialah PAS telah mengharamkan yang harus. Sebagai bukti pada akhirnya(sekarang) PAS juga terpaksa meniru cara UMNO bekerjasama dengan parti DAP untuk pilihan raya bermula 29 November 1999 lalu dan secara langsung PAS telah mengiktiraf cara yang dilakukan oleh UMNO; walaupun DAP secara terbuka menentang pembentukan negara Islam (Harakah 12.04.1999 dan Utusan Malaysia 22.04.1999). Maka terbuktilah bahawa pimpinan PAS sengaja menyelewengkan hukum Allah buat memfitnah UMNO.

Ketika mengkafirkan UMNO (1963) dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS YAB Dato’ Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999). Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan. Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan semasa Muktamar PAS (2007) baru-baru ini beliau telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, dan kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. (Dulu sokong UMNO menjadi Kafir, kini telah menjadi sesat sahaja).

Gabungan antara kaum tajaan PAS sekadar keperluan untuk menang pilihan raya sahaja; bukan untuk survival bangsa, lagi pun tidak ada perlembagaan bertulis(khusus) bagi rujukan ahli jika terdapat permasalahan sepanjang masa. Adapun gabungan tajaan UMNO dan parti-parti lain mempunyai perlembagaan bertulis yang lengkap dan berterusan serta jelas dan bertanggungjawab. UMNO melakukan cara tersebut kerana mengambil contoh perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang bukan Islam dulu juga mempunyai kertas perjanjian bertulis.


source : http://www.facebook.com/groups/parlimen.malaysia/permalink/526500074032168/