Tuesday 3 April 2012

Coretan Pagi!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia...

Dah lama tak menulis, bukan tak nak tapi tak sempat. Sibuk dengan pelbagai perkara. Sibuk dengan program-program, pengurusan persiapan jadual untuk mesyuarat agung pemuda cawangan-cawangan,pemantauan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan, mesyuarat agung PIBG dan pelbagai lagi tugasan yang diamanahkan. Alhamdulillah... Dengan izin Allah SWT dapat menjalankan semua tugasan dengan sebaik mungkin.

Ada yang bertanya adakah seronok dengan kehidupan yang sebegitu? Jawabnya mudah saja, kalau nak kata seronok, memang tak seronok tapi ini adalah amanah yang perlu dilaksanakan apabila telah diberi kepercayaan untuk memikulnya. Bukan hanya diri kita yang sebegitu malah ramai lagi manusia yang lain yang mengorbankan masa untuk memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat. InsyaAllah ganjaran oleh Allah SWT akan tiba jika kita ikhlas dan amanah dalam melakukannya.

Yang penting keluarga mesti memahami situasi dan keadaan. Hargai keluarga kerana mereka juga redha dengan keadaan kita yang sentiasa akan meninggalkan mereka. Jangan pula kita mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara yang akan melukakan hati keluarga kita.

Akhir kata... Bak kata orang lama, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Ambil yang jernih tapi yang keruh usah dibuang begitu sahaja. Kita tapis, kita suling... InsyaAllah akhirnya ia akan jernih jua. Fikir-fikirkan...